Dah jadi idaman kita untuk ada kulit muka yang sihat dan cantik. Kan?
Bila Syasya jalan window shopping untuk skincare, Syasya nampak ada pelbagai jenis skincare yang baru berserta pelbagai jenama.
Yang Syasya tak pernah dengar pun ada. Biasalah bila dah singgah drugstore, kita boleh tengok pilihan skincare yang ada. Soalan yang biasa Syasya tanya adalah
“Bila nak pakai yang ni? Nak pakai yang A dulu ke yang B dulu? Nak pakai siang ke malam?”
Jadi artikel ni adalah perkongsian untuk bacaan kita bersama.
Apa basic rutin skincare bagi korang yang baru nak serius jaga kulit muka ni?
Kalau korang baru nak bermula, korang boleh mulakan dengan rutin skincare yang basic dulu.
Asas basic rutin skincare untuk waktu siang:
- Pencuci muka
- Moisturizer
- Sunscreen
Asas basic rutin skincare untuk waktu malam:
- Pencuci muka
- Moisturizer
Kalau korang dah biasa dengan basic rutin skincare ni, barulah tambah rutin skincare yang lain ikut keperluan muka masing – masing. Harus diingat, apa yang sesuai dengan orang lain tak semestinya sesuai bagi kita. Don’t rush okay?
Lebih baik korang mula sedikit demi sedikit untik bina tabiat jaga kulit daripada terus all – out. Nanti kang dah setengah jalan, tak dapat teruskan sebab tak ada motivasi. Sayang kan?
Jaga kulit ni memang perlu disiplin kalau korang betul – betul nak hasil yang diidamkan. Kulit sihat, cantik dan lembut memang makan masa untuk dapatkan. Ibarat nak kuruskan badan, tak boleh lah jaga makan dengan exercise hari ni je then harapkan badan dah kurus.
Samalah juga dalam rutin skincare ni.
Jangan semangat waja seminggu je jaga kulit tiba – tiba down sebab tak nampak hasil pun. Sabar. Nak cantik kena sabar.
Apa pula rutin skincare yang menyeluruh?
Rutin skincare biasanya akan dipecahkan kepada rutin waktu siang dan juga rutin waktu malam. Sebab kulit kita ada keperluan yang berbeza-beza di waktu siang dan juga waktu malam.
Rutin skincare untuk waktu siang:
- Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
- Exfoliator (Sekurangnya sekali seminggu, bukan hari-hari.)
- Toner
- Treatment (Bergantung kepada keperluan kulit muka.)
- Serum (Persiapan melawan penuaan sesuai untuk umur 20 tahun ke atas.)
- Krim bawah mata (Sesuai untuk mereka yang mempunyai mata panda, kantung gelap di bawah mata.)
- Moisturizer (Krim siang)
- Sunscreen
Rutin skincare untuk waktu malam:
- Pencuci muka berasaskan minyak (oil-based cleanser)
- Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
- Toner
- Treatment
- Serum
- Face mask
- Krim bawah mata
- Moisturizer (Krim malam)
Kalau korang perasan, rutin skincare siang dan malam ni ada persamaan dengan 10 langkah popular K-Beauty. Korang boleh rujuk kepada list di atas.
Produk skincare apa yang korang perlu guna perlulah mengikut kesesuaian kulit korang. Jangan main guna je takut ada effect pada kulit.
Rutin di atas melibatkan double cleansing pada waktu malam. Namun, kalau korang tak guna sebarang heavy make-up time siang, korang boleh skip guna pencuci muka yang berasaskan minyak (oil – based cleanser) pada waktu malam.
Nak pilih produk skincare yang mana satu?
Nak pilih produk skincare, pastikan kita kenal dulu jenis kulit kita. Produk yang ada di drugstore tak semestinya tak berkualiti. Ada je yang bagus dan sesuai dengan poket rakyat marhen macam kita.
Banyakkan baca review daripada mereka yang ada jenis kulit yang sama dengan korang.
Rutin skincare beserta contoh produk:
- Pencuci muka berasaskan air: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Foaming Face Wash
- Exfoliator:St Ives Oatmeal Scrub and Mask
- Toner: Hada Labo Hydrating Lotion
- Moisturizer: Cerave Moisturizing Cream
- Sunscreen: Biore UV Perfect Block Milk
Ni cuma contoh produk yang korang boleh cuba pakai tau.
Nantikan sharing Syasya seterusnya okay?
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Let’s shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

