Tips memilih toner terbaik mengikut jenis kulit muka

Bagi korang yang baru bertatih dalam rutin skincare untuk kulit sihat, ada 3 perkara utama yang perlu ada dalam rutin korang. Cleanser, moisturizer dan juga sunscreen. Selepas dah biasa dengan 3 rutin ini, korang boleh mula tambah toner dalam rutin skincare. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya. 

โ€œApa fungsi toner ni kat kulit muka?โ€

โ€œPerlu ke saya tambah toner dalam rutin skincare saya atau ia hanya untuk orang yang ada masalah kulit tertentu je?โ€

Toner bukan untuk semua orang. Hanya sesetengah orang saja yang perlu. Toner boleh memberi manfaat kepada mereka yang nak tambah kebersihan pada kulit muka atau bagi mereka yang nak baiki tekstur pada kulit. 

Sebelum korang nak beli toner, korang perlu pastikan bahan yang sesuai dalam toner tersebut. 

Apa kegunaan toner?

Semasa kita mencuci kulit muka kita, sebahagian kotoran degil masih melekat pada kulit muka. Ia akan menyebabkan liang – liang pori kita tersumbat. 

Di sinilah toner memainkan peranan. Toner digunakan untuk menyempurnakan proses cleansing dengan membuang lebihan yang tertinggal di kulit muka contohnya makeup, lebihan minyak, sel kulit mati dan juga lebihan cleanser. 

Toner juga dapat seimbangkan tahap pH dalam kulit agar kembali normal. Gunakan toner yang lembut dan soothing untuk bersihkan liang pori daripada tersumbat. 

Antara manfaat toner: 

Manfaat #1 : Kecilkan liang pori 

Toner membantu untuk mengecilkan dan membersihkan liang pori di kulit muka kita. Maka akan berkuranglah ruang untuk kotoran dan minyak masuk. 

Manfaat #2 : Pelembap yang baik 

Toner mempunyai sifat humectant iaitu ia membantu mengikat kelembapan pada kulit wajah. 

Manfaat #3 : Menyegarkan kulit 

Toner membantu untuk menyegarkan kulit walaupun kita sedang dalam perjalanan. 

Manfaat #4 : Membantu menyerap produk skincare lebih baik

Toner membantu kulit wajah untuk menyerap produk skincare yang lain dengan lebih baik. Toner dipakai sebelum serum, moisturizer dan juga sunscreen. 

Asas – asas toner 

Terdapat 3 asas toner yang korang boleh pilih iaitu: 

Asas #1 : Toner berasaskan alkohol (Alcohol-based)

Toner jenis ini bukanlah pilihan terbaik melainkan korang ada kulit muka yang berminyak teruk. 

Asas #2 : Toner berasaskan air dan Glycerin (Water and glycerin-based)

Jika korang ada kulit yang senang alergi, pastikan memilih toner yang tiada scent extract di dalam toner jenis ini. 

Asas #3 : Toner berasaskan air (Water based)

Korang boleh memilih untuk menggunakan toner jenis ini sebab kebiasaanya ia tak ada bahan yang berbahaya untuk kulit. 

Tips memilih toner mengikut kulit muka

Tak semua orang sesuai untuk pakai produk toner yang ada di pasaran. Syasya sangat galakkan korang untuk memilih toner berdasarkan bahan yang ada dalam toner tersebut untuk elakkan iritasi kulit. 

Bagi yang berkulit kering atau kulit normal 

Pilih toner yang boleh memberi kelembapan kepada kulit muka. Bahan utama yang korang boleh pilih adalah Hyaluronik Acid (HA) atau gliserin. Elakkan daripada menggunakan toner yang ada alkohol sebab ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan dehidrasi. 

Bagi yang berkulit berminyak 

Pilih toner yang mengandungi zinc sebab ia akan memberi kemasan matte lepas pakai toner. Selain daripada itu, boleh pilih bahan astringen, iaitu bahan asas daripada timun. 

Pilih yang bebas daripada alkohol. 

Bagi yang berkulit kombinasi

Bagi yang berkulit jenis ni,agak susah untuk memilih toner yang sesuai sebab korang ada 2 jenis kulit muka yang berbeza. Kalau korang berani mencuba dan tak mahu pening kepala, korang boleh pilih toner dari bahan organik / semulajadi dan bebas alcohol. 

Macam mana nak pakai toner ni?

Nak pakai toner bukan sekadar titik toner ke kapas muka dan sapukan ke seluruh kulit muka tau. Ada langkah – langkah yang korang perlu buat untuk dapatkan kulit muka yang lebih halus dan sihat. 

Pertama sekali, bersihkan tangan korang. Pastikan tangan korang bersih daripada segala kotoran sebelum memakai toner. Ada sesetengah toner yang memerlukan kita untuk pakai guna tangan, bukannya pakai dengan kapas. Kalau tangan kita tak bersih, kulit muka kita ada kemungkinan untuk menjadi iritasi. 

Kemudian, pastikan muka korang dicuci bersih agar segala kotoran yang menyumbat liang pori dapat hilang. Toner membantu untuk menutup liang pori yang terbuka selepas korang mencuci muka. 

Selepas itu, titiskan toner ke atas tapak tangan. Hanya 2-3 titis toner mencukupi untuk penjagaan yang maksima. Kemudian, tepukkan ke wajah dengan perlahan untuk dapatkan kulit muka yang lebih lembut. 

Tips penting: Tepukkan toner secara perlahan-lahan. Jangan kasar dengan kulit muka jika korang nak hasil yang terbaik.  

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโ€™s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *