Kali ni Syasya nak share tentang snowmeric serum terbaru daripada Yello Skincare iaitu Yello Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum.
Yello Skincare terkenal dengan produk Oatmeal Turmeric Mask Scrub (OTMS) dan juga snowmeric old version. Sebagai pengguna OTMS dan snowmeric serum old version, bila Syasya nampak ada new version snowmeric, rasa teringin pula nak try. Nampak review macam menarik je.
Syasya nak kongsikan bagaimana Yello Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum ni mungkin akan menjadi brightening serum terbaik untuk korang.
Mencari serum untuk brightening?
Mencari serum yang hydrate kulit muka?
Syasya tak nak lah hype terlebih pula jadi Syasya nak kongsikan maklumat dan pengalaman peribadi Syasya guna serum ni. Jom habiskan baca.
Apa itu YELLO Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum?
Apa yang Yello Skincare claim tentang Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum ni?
YELLO SNOWMERIC Hydra-Boost Brightening Serum (30ml) is packed with carefully selected brightening actives, supported by skin-replenishing ingredients to brighten overall skin complexion and provide hydration to the skin.
Bila Syasya tengok dekat packaging ada tertulis,
With Tranexamic Acid, Ascorbyl Glucoside, Alpha Arbutin and Beta – Glucan.
Terus Syasya macam, wow amazingnya bahan kandungan snowmeric yang terbaru ni.
Siapa yang sesuai pakai YELLO Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum ni?
Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum sesuai untuk semua jenis kulit. Namun Syasya nasihatkan untuk patch test dulu. Tak semestinya sesuai bagi orang lain, sesuai untuk kita.
Snowmeric ni specialized untuk:
- Untuk mencerahkan kulit wajah.
- Untuk memudarkan fresh dark marks
- Untuk memberikan hydration yang mencukupi.
- Untuk mengurangkan kemerahan kulit.
- Untuk memperbaiki skin discolouration
- Untuk soothe inflamed skin
- Untuk membaiki skin barrier
Macam mana nak pakai YELLO Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum ni?
Cara nak pakai senang je. Pump pea-sized serum dan ratakan kat kulit muka. Kemudian boleh pakai moisturizer pilihan masing – masing. Untuk AM rutin skincare, boleh pakai sunscreen untuk langkah terakhir.
Senarai kandungan YELLO Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum
- Water,
- Butylene Glycol,
- Glycerin,
- Niacinamide,
- Tranexamic Acid,
- Ascorbyl Glucoside,
- Yeast Polysaccharides (Beta Glucan),
- Alpha-Arbutin,
- Curcuma Zedoaria (White Turmeric) Root Extract,
- Tremella Fuciformis (Snow Mushroom) Extract,
- Xanthan Gum,
- Phenoxyethanol,
- Chlorphenesin,
- Sodium Hyaluronate,
- Allantoin,
- Ethylhexylglycerin,
- Citric Acid,
- Sodium Citrate.
Pengalaman peribadi Syasya menggunakan YELLO Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum
Antara perbezaan yang Syasya nampak snowmeric ni old version dan new version adalah dari segi texture. Snowmeric new ni agak pekat sedikit berbanding old formula. Selain tu Syasya perasan yang snowmeric ni lebih hydrating. Love teruk!
Since snowmeric yang baru ni ada tambahan 3% Tranexamic Acid (TXA), bila TXA bergabung dengan Vit C, dia macam makin meletup gitu.
Personally, Syasya suka sebab brightening effect dia power. Sangat gentle dan Syasya rasa sangat sesuai untuk beginner. Namun, please patch test dulu tau. Mungkin tak sesuai bagi korang.
For me, I will repeat purchase this serum.
Letโs be cantik together!
Kalau nak beli, boleh try tengok kat akaun shopee niย : Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum
–
Nak update terkini berkaitan skincare? Jom join Channel Telegram rasmi Becantik sekarang.

