Review : Simple Hydrating Cleansing Oil

Simple terkenal dengan pilihan produk skincare yang memfokuskan kepada sensitive skin. Sesuai dengan brandingnya sebagai sensitive skin experts. Kali ni, kita lihat bagaimana Simple Hydrating Cleansing Oil mungkin akan menjadi cleansing oil terbaik buat korang. 

Mencari cleansing oil yang sesuai dengan kulit? 

Mencari cleansing oil drugstore terbaik? 

Mencari cleansing oil yang sesuai untuk double cleansing? 

Pertama sekali sebagai salah seorang yang mempunyai masalah kulit, Syasya sangat mengagumi cleansing oil ini. Syasya tak kan buat review produk yang Syasya tak selesa. Jadi untuk mengelakkan dari puji melambung, Syasya berikan perkongsian yang tulus tentang produk ni. Jom baca sampai habis. 

Syasya tertarik dengan Simple Philosophy iaitu 

โ€œKindness is at the heart of everything we doโ€

Produk skincare Simple aim to be kind to skin, yang mana sesuai untuk orang yang berkulit sensitive sebab bila kulit sensitif ni memang kena betul – betul pilih produk yang sesuai kan. 

Macam mana nak pakai Simple Hydrating Cleansing Oil?

Pertama sekali, dropkan 2 – 3 titik ke tapak tangan. Kemudian, massage dengan perlahan-lahan ke permukaan yang kering. Elakkan dari terkena mata korang. 

Selepas itu, bilas dengan air secukupnya. Siap! Kulit korang akan rasa soft dan smooth je lepas pakai ni. 

Selepas pakai cleansing oil ni, korang boleh cuci muka dengan water – based cleanser pula. Korang boleh buat double cleansing ok? 

Senarai kandungan  Simple Hydrating Cleansing Oil?

  • Vitis Vinifera Seed Oil 
  • Isopropyl Palmitate
  • Sorbeth – 30 Tetraoleate
  • Phenoxyethanol 
  • BHT 
  • Helianthus Annuus Seed Oil 
  • Retinyl Palmitate 
  • Tocopheryl Acetate 

(* Simple Hydrating Cleansing Oil ni diperbuat daripada natural oil jadi variation in colour and potential sedimentation is expected) 

Siapa yang sesuai menggunakan produk Simple Hydrating Cleansing Oil?

Bagi mereka yang berkulit sensitive, boleh cuba guna Simple Hydrating Cleansing Oil ni. 

Tak berminyak ke muka kalau pakai cleansing oil ni? 

Tak pun. Macam Syasya ada tulis sebelum ni dalam post double cleansing, oil – attract – oil. Minyak menarik minyak. 

Selain itu, Simple Hydrating Cleansing Oil ni bebas daripada artificial perfume dan juga pewarna. No harsh chemical yang boleh merosakkan kulit kita. Ianya juga dermatologically tested , non comedogenic dan juga hypoallergenic. 

Produk Simple Hydrating Cleansing Oil diformulasikan dengan pure grapeseed oil, essential fatty acids, vitamins A dan E. Cleansing oil ni sesuai bagi korang yang nak naturally healthy skin. 

Namun, macam Syasya pernah cakap, double cleansing ni tak semestinya sesuai dengan semua orang. Jadi, kalau korang tak sesuai, jangan proceed ok?

Dekat Malaysia, mana boleh beli Simple Hydrating Cleansing Oil ni?

Simple Hydrating Cleansing Oil ni mudah dijumpai di mana-mana drugstore yang berdekatan. Antara drugstore yang menjual produk ni adalah seperti yang berikut:

  • Watson
  • Guardian

Sebelum membeli tu korang boleh semak dulu harga di sini : Simple Hydrating Cleansing Oil

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโ€™s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *