“Wajib ke scrub muka?”
Personally, Syasya sarankan yes wajib scrub muka. At least seminggu sekali. Scrub muka ni penting untuk tanggalkan sel – sel kulit mati. Sel kulit mati ni antara punca kulit kering dan kusam. Selain tu, bila kita scrub muka, ia dapat cepatkan penggantian sel kulit baru. Tapi AWAS! Jangan terlebih scrub muka.
Untuk scrub muka ni Syasya nak review Peach Face Scrub Temyracle. Korang pun tahu Syasya tak suka puji melambung produk. Apa yang Syasya alami, itulah yang Syasya share.
Jadi jemput hadamkan personal review Syasya ni ok?
Peach Face Scrub ni sesuai untuk yang:
- Suka makeup tapi selalu nampak bercapuk
- Kulit kusam
- Permukaan kulit muka kasar dan tak smooth
Bahan Peach Face Scrub Temyracle
- Superfine sugar
- Aloe vera gel
- French pink clay
- Potassium cocoate
- Grapeseed oil
- Witch hazel
- Peach extract
Fungsi Peach Face Scrub Temyracle
Fungsi peach face scrub Temyracle ni adalah untuk tanggalkan sel kulit mati (dead skin cells) secara lembut. Yang specialnya scrub ni Syasya perasan adalah tekstur dia sangat lembut dan halus. Syasya hanya ambil sikit je then terus urutkan kat muka dalam gerakan membulat. Tup tup Syasya tengok scrub tu jadi ‘mencair’ kat kulit muka. Wow!
Sebelum ni Syasya pernah juga guna scrub lain. Personally Syasya pernah lah rasa bila scrub je kulit muka jadi pedih, sakit dan jadi kemerahan. Tak best sangat. Terus stop guna!
Jadi bila scrub Temyracle ni bagi efek best, terus jatuh cinta lah. Lagipun scrub ni guna superfine sugar dan tak sakitkan pun kulit bila guna.
Untuk scrub muka, sangat penting untuk guna 2 – 3 kali je seminggu. Ni penting sebab nak kulit muka boleh generate sel baru dengan efektif.
Oh ya! Penting sangat untuk korang take note. Apa yang sesuai bagi Syasya tak semestinya sesuai bagi korang dan apa yang sesuai bagi orang lain tak semestinya sesuai bagi Syasya.
Korang boleh cuba guna Peach Face Scrub Temyracle ni sendiri tau.
Ok lah setakat tu je sharing Syasya kali ni. Moga bermanfaat.
Nak dapatkan Peach Face Scrub ni? Boleh tengok kat link ni : Peach Face Scrub
–
Nak update terkini berkaitan skincare? Jom join Channel Telegram rasmi Becantik sekarang.

