Review Kayman HyaluMelon Mist Toner

Dalam urutan rutin skincare, toner dipakai selepas kita selesai bersihkan muka menggunakan cleanser. Ada bermacam – macam toner yang kita pilih berdasarkan jenis kulit muka. Yang penting kena patch test dulu tau!

Kali ni Syasya nak share tentang mist toner terbaru daripada Kayman Beauty iaitu HyaluMelon Mist Toner.

Kayman Beauty terkenal dengan pilihan produk dari cleanser, essence, serum, moisturizer dan yang terbaru adalah mist toner. Sebagai pengguna Kayman Beauty, bila Syasya nampak ada launching mist toner ni rasa excited pula. Kalau ada sunscreen dari Kayman Beauty, memang cukup lengkap dah. 

Syasya nak kongsikan bagaimana Kayman HyaluMelon Mist Toner ini mungkin akan menjadi toner terbaik buat korang.

Mencari toner  yang tak keringkan kulit?

Mencari toner yang hydrate kulit muka?

Syasya tak lah nak puji melambung produk ni jadi Syasya nak kongsikan maklumat dan pengalaman peribadi Syasya. Jom habiskan baca.

Apa itu Kayman HyaluMelon Mist Toner?

Bak kata Kayman Beauty:

Packed with Watermelon Fruit Extract, Rice Bran Oil and Hyaluronic Acid, enrich your skin with the cooling, softening and hydrating effects of this mist toner. This fast-absorbing and lightweight formulation will help keep your skin well hydrated and refreshed throughout the day.

Bila Syasya tengok 3 key ingredients iaitu Watermelon Fruit Extract, Rice Bran Oil dan Hyaluronic Acid, terus Syasya terfikir 

โ€œHyaluMelon Mist Toner ni dupe Laneige Cream Skin Refiner dan Glow Recipe Watermelon Ultra-Fine Mist ke?โ€ 

Menarik sangat kan.

Siapa yang sesuai pakai Kayman HyaluMelon Mist Toner ni?

Kayman HyaluMelon Mist Toner sesuai untuk semua jenis kulit. Namun Syasya nasihatkan untuk patch test dulu. Tak semestinya sesuai bagi orang lain, sesuai untuk kita. 

Macam mana nak pakai Kayman HyaluMelon Mist Toner?

Ada 3 cara yang boleh gunakan Kayman HyaluMelon Mist Toner ni. 

  1. Sebagai toner : Boleh guna lepas bersihkan muka dengan cleanser sebagai skin prep sebelum apply skincare products yang lain. 
  2. Sebagai mask mixing liquid : Boleh gunakan bersama pilihan mask masing – masing untuk dapat extra benefits.
  3. Sebagai face mist : Boleh gunakan sepanjang hari ikut kesesuaian atau sebagai additional layer hydration dalam kaedah sandwich. 

Amaran!

Pastikan jangan kena mata. Kalau HyaluMelon Mist Toner ni masuk mata, terus rinse dengan air. Kalau korang ada nampak tanda – tanda allergy lepas guna produk ni, terus stop okay?

Senarai kandungan Kayman HyaluMelon Mist Toner

Ada 3 key ingredients dalam Kayman HyaluMelon Mist Toner iaitu:

1.Hyaluronic Acid 

  • Hold moisture pada kulit muka 
  • Provide hydration

2. Watermelon Fruit Extract (Tembikai)

  • Bantu untuk cool dan oothe kulit muka
  • Kaya dengan antioxidant

3. Rice Bran Oil

  • Kaya dengan amino acids
  • Melembutkan dan memberi kelembapan kepada kulit muka
  • Bantu membaiki skin barrier yang dah rosak

Kandungan penuh:

  • Citrullus Lanatus (Watermelon) Fruit Extract
  • Oryza Sativa (Rice) Bran Oil
  • Glycerine
  • Butylene Glycol
  • D-Panthenol 
  • Centella Asiatica Extract
  • Hyaluronic Acid 
  • Iscaguard PEG
  • Allantoin
  • Carbopol
  • TEA.

Pengalaman peribadi Syasya menggunakan Kayman HyaluMelon Mist Toner

Syasya saja lah nak cuba pakai HyaluMelon ni sebab nampak review macam menarik je. Lepas pakai a few times, OMG amazing sangat. Dia sangat lightweight dan selesa je bila spray kat muka. Walaupun texture dia lightweight, dah rasa hydrate je kulit muka. Tambah lagi Syasya suka duk spray je bila diperlukan especially lepas solat. 

Walaupun dia ada macam bau beras sikit, for me, takde hal sangat pun. My skin works well with Kayman HyaluMelon Mist Toner ni. Syasya tak sure kulit korang macam mana. Jadi kena test sendiri tau. 

For me, it is a must have mist toner. Syasya sukakan hydrating ingredients dalam mist toner ni. Hopefully korang pun akan sukakan this HyaluMelon bila korang try nanti. 

Letโ€™s be cantik together!

Kalau nak beli, boleh tengok kat akaun shopee niย : Kayman HyaluMelon Mist Toner

Nak update terkini berkaitan skincare? Jom join Channel Telegram rasmi Becantik sekarang.

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *