Review : Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water

Bila Syasya melangkah masuk ke dalam drugstore, Syasya boleh nampak bermacam-macam micellar cleansing water yang ada di rak. Antara yang menarik perhatian Syasya adalah Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water.

Hada Labo memang terkenal dengan pelbagai pilihan produk skincare yang menjadi ‘Holy Grail’ bagi skin enthusiast. Kali ini, Syasya nak kongsikan bagaimana Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water ini mungkin akan menjadi micellar cleansing water terbaik buat korang.

Mencari micellar cleansing water yang tak keringkan kulit?

Mencari micellar cleansing water drugstore terbaik?

Mencari micellar cleansing water yang membersih dan juga melembapkan kulit muka anda?

Pertama sekali sebagai seorang skin enthuasist, Syasya kagum dengan micellar cleansing water ni. Syasya tak lah nak puji melambung produk ni namun Syasya nak kongsikan maklumat dan pengalaman peribadi Syasya pakai ni. 

Apa itu Gokujyun?

Di botol Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water ni ada tertulis term ‘ Gokujyun’. 

Apa itu Gokujyun? 

Gokujyun maksudnya lebih melembapkan. Ia adalah salah satu daripada lineup yang ada di bawah Hada Labo.

Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water

Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water ni diformulasikan dengan formula 3 – in – 1 untuk remove make up dan impurities. Ia juga untuk mengekalkan kulit muka rasa lembut, nourish dan hydrated. 

Mencuci dengan lembut

  • High Performance Micellar Cleansing Technology menangkap dan menanggalkan makeup dan kotoran yang kalis air. 
  • Low irritation. Sesuai digunakan di kawasan mata dan bibir. 

Double Moisturizing

  • Menggabungkan Hyaluronic Acid dan Absorbent Hyaluronic Acid untuk hydrate kulit dari permukaan kulit muka sehingga ke lapisan kulit dalaman untuk kulit yang lembut. 
  • Hyaluronic Acid membentuk lapisan halangan pengekalan kelembapan pada permukaan kulit muka untuk elakkan kehilangan lembapan.
  • Absorbent Hyaluronic Acid ada ciri moisture holding yang membolehkan  Hyaluronic Acid kekal lebih lama di kulit muka walaupun lepas cuci muka. 

Triple Anti-Pollution Formula

  • Moringa Seed melindungi kulit muka daripada pencemaran alam sekitar dan mengurangkan zarah-zarah tercemar masuk ke dalam kulit muka. 
  • Phytic Acid membantu membersihkan kulit dan mengeluarkan bahan pencemar logam berat.
  • Biosaccharide gum-4 membentuk protective barrier terhadap PM2.5 pollutant particles

Free daripada fragrance, colorant, alcohol dan mineral oil. 

Macam mana nak pakai Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water?

Tuang secukupnya micellar cleansing water pada cotton pad dan sapukan secara lembut pada muka untuk membersihkan kulit. Ulang langkah ini jika perlu. 

Impression Syasya: 

Syasya rasa macam sapu air je kat muka. Antara kelebihan yang Syasya alami:

  • Ianya sangat effective untuk remove waterproof makeup. Waterproof mascara, stubborn liquid matte tanggal dengan sangat mudah. Tak perlu nak tonyoh sapu kulit muka beria sangat.
  • Tak mengeringkan kulit. Lepas bilas dengan air, kulit muka rasa lembut, tak tegang, tak rasa kering.
  • Tak pedihkan mata. So selamat untuk mata. Nak remove eye makeup pun tak risau.

Senarai kandungan Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water 

  • Water
  • Propylene Glycol
  • Peg-7 Caprylic/Capric Glycerides
  • PEG/PPG/Polybutylene Glycol-8/5/3 Glycerin 
  • PEG – 6 Caprylic/Capric Glycerides 
  • Xylitylglucoside
  • Anhydroxylitol
  • Sodium Cocoamphoacetate
  • Polyaminopropyl Biguanide 
  • Xylitol
  • Sodium Chloride 
  • Disodium EDTA
  • Phytic Acid 
  • Sodium Hyaluronate 
  • Glycerin
  • Potassium Azeloyl Diglycinate
  • 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol
  • Moringa Pterygosperma Seed Extract
  • Biosaccharide Gum-4 
  • Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate 
  • Disodium Phosphate 
  • Citric Acid
  • Potassium Chloride 
  • Methylparaben 
  • Caprylyl Glycol
  • Chlorphenesin

Siapa yang sesuai menggunakan produk Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water?

Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water ni sesuai untuk semua jenis kulit. Texturenya sangat light dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Ianya sangat gentle dan mild untuk kulit muka korang. 

Korang boleh mencuba jika berminat. 

Dekat Malaysia, mana boleh beli Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water  ni?

Produk ni mudah dijumpai di mana-mana drugstore yang berdekatan. Antara drugstore yang menjual produk ni adalah seperti yang berikut:

  • Watson
  • Guardian

Segala review Syasya adalah pendapat peribadi dan bukan paid review. Apa yang sesuai bagi Syasya tak semestinya sesuai bagi korang 🙂

Nak cari Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water ni?

Boleh tengok kat link ni tau : Hada Labo 3 – in – 1 Micellar Cleansing Water

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Let’s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *