Review Daughters of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer

Moisturizer merupakan antara perkara penting dalam rutin skincare. Yang paling asas sekali kita boleh mula buat bila kita baru nak berjinak – jinak dalam rutin skincare adalah cleanser > moisturizer > sunscreen. 

Setiap jenis kulit berbeza moisturizer yang sesuai. Yang penting kena patch test dulu dan carilah yang mana satu berkenan. 

Syasya ada ternampak review Daughters of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer dekat Twitter. Nampak macam menarik sangat. Dah lah 165ml. Design pun lawa gila. 

Jadi kali ni Syasya nak share tentang Summertime Ceramide Liquid Moisturizer by Daughters of Malaya (DOM).

Daughters of Malaya (DOM) terkenal dengan produk Charcoal Oil Cleansing Gel,  Simplified Purify Cleansing Oil dan moisturizer.

Syasya nak kongsikan bagaimana Summertime Ceramide Liquid Moisturizer by Daughters of Malaya (DOM) ni mungkin akan menjadi moisturizer terbaik untuk korang. 

Mencari moisturizer yang boleh tolong cerahkan kulit muka? 

Mencari moisturizer yang boleh maintain skin barrier? 

Syasya tak nak lah cakap terlebih pula jadi Syasya nak kongsikan maklumat dan pengalaman peribadi Syasya guna serum ni. Jom baca sharing Syasya. 

Apa itu DOM Summertime Ceramide Liquid Moisturizer?

Summertime Ceramide Liquid Moisturizer merupakan light liquid moisturizer yang turn to cream bila dia kena kat kulit muka. Moisturizer ni membantu moisturize skin dengan mild brightening effect. Selain itu juga, apa yang bestnya ialah moisturizer ni diformulate sebagai toner – moisturizer hybrid dengan buildable texture (sesuai untuk apa – apa jenis cuaca, jenis kulit muka dan keadaan kulit muka).

Apa yang Daughters of Malaya terangkan tentang Summertime Ceramide Liquid Moisturizer ni?

  • Contains three types of barrier-reinforcing ceramide (Ceramide AP, Ceramide NP & Ceramide EOP) and Cholesterol to restore and maintain skin’s barrier.
  • With Niacinamide, Acetyl Glucosamine and Alpha Arbutin to help brighten up skin’s complexion.
  • Non-comedogenic and free from mineral oil, denatured alcohol, essential oils, silicones and fragrance.

Siapa yang sesuai pakai DOM Summertime Ceramide Liquid Moisturizer ni?

Moisturizer ini sesuai dipakai oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Namun, seperti yang selalu Syasya ingatkan, patch test dulu tau. 

Macam mana nak pakai DOM Summertime Ceramide Liquid Moisturizer ni?

Selepas apply toner, korang boleh apply moisturizer kat muka. Berapa banyak amount tu terpulanglah kat korang. Boleh banyakkan layer jika diperlukan. Boleh juga digunakan sebagai moisturizing toner bergantung kepada keperluan kulit muka. 

Since ni produk hybrid, macam mana korang nak guna tu terpulanglah:

  • Boleh guna sebagai moisturizer je
  • Boleh guna sebagai moisturizing toner dengan moisturizer yang berbeza untuk kulit yang extra kering
  • Boleh juga digunakan bersama facial oil jika diperlukan. 

Tips pro: 

  • Kulit berminyak : Gunakan 1 – 3 layers
  • Kulit kering : Gunakan 2 – 4 layers

Senarai kandungan DOM Summertime Ceramide Liquid Moisturizer

  • Water (Solvent), 
  • Butylene Glycol (Humectant/Penetration Enhancer), 
  • Caprylic/Capric Triglyceride (Emollient), 
  • Niacinamide (Skin-Restoring/Antioxidant), 
  • Glycerin (Humectant), 
  • Isoamyl Laurate (Emollient/Occlusive), 
  • Behentrimonium Methosulfate (Emulsifier/Conditioning), 
  • Squalane (Emollient/Occlusive), 
  • Ceramide NP (Skin-Identical Emollient), 
  • Ceramide AP (Skin-Identical Emollient), 
  • Ceramide EOP (Skin-Identical Emollient), 
  • Phytosphingosine (Skin-Identical Ingredient), 
  • Cholesterol (Skin-Identical Emollient), 
  • Acetyl Glucosamine (Skin Brightening/Antioxidant), 
  • Alpha Arbutin (Skin Brightening), 
  • Panthenol (Humectant), 
  • Cetyl Alcohol (Emollient/Emulsifier), 
  • Sodium Lauroyl Lactylate (Emulsifier), 
  • Carbomer (Thickener), 
  • Xanthan Gum (Thickener), 
  • Phenoxyethanol (Preservative),
  •  Ethylhexylglycerin (Preservative).

Peringatan penting: 

  • Patch test sebelum guna. Kalau korang berdepan dengan skin irration, berhenti pakai dan consult doktor.
  • Simpan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari
  • Tempoh selepas open : 12 bulan

Pengalaman peribadi Syasya menggunakan DOM Summertime Ceramide Liquid Moisturizer

Dari segi packaging, Syasya sangat sukakan design moisturizer ni. Cantik betul! Dah lah 165ml. Botol besar. And the price? RM59 je! Hello berbaloinya.

Scent moisturizer ni pulak macam regular scent. Nothing unpleasant for me. Dari segi texture, ringan dan cepat menyerap kat kulit. Syasya biasanya akan layerkan 2 – 3 layers untuk lembabkan lagi kulit muka. 

Personally, Syasya suka moisturizer ni. Since dia boleh hybrid juga to be moisturizing toner, it does help my skin to be better. Namun, ni hanyalah pendapat peribadi Syasya. Korang kena patch test dan tengok sesuai tak dengan korang. Boleh cuba tau mana tahu sesuai. 

Letโ€™s be cantik together!

Kalau nak beli, boleh try tengok kat akaun shopee ni : Summertime Ceramide Liquid Moisturizer

Nak update terkini berkaitan skincare? Jom join Channel Telegram rasmi Becantik sekarang.

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *