Sebagai skincare enthusiast, Syasya sangat menitikberatkan apa yang Syasya pakai tak kiralah dari segi cleanser, toner, serum dan juga mask. Sebelum pakai secara serius, pastikan buat patch test dulu.
Apa itu patch test?
Patch test adalah ujian yang kita kena buat kat kulit untuk kesan sama ada bahan produk tersebut boleh sebabkan keradangan ke tak. Kalau masa korang try tu kulit jadi merah atau bengkak – bengkak, sila stop serta merta ok? Tu tandanya produk tak sesuai dengan korang.
Jadi kali ni Syasya nak share pasal clay mask pula. Personally, Syasya sukakan Rose Clay Mask by Jelita.KL ni. Bagi tak puji melambung sangat, jom baca review Syasya ni.
Bahan Rose Clay Mask Jelita.KL
- Kaolin Clay
- Organic Rose Powder
Kaolin memang terkenal dengan kandungan yang berguna untuk kulit sebab tu ia sesuai digunakan sebagai mask muka.
Cara – cara nak pakai Rose Clay Mask Jelita.KL
- Ambil 1 sudu clay mask
- Campurkan dengan sedikit air sampai jadi macam paste – texture
- Kemudian, apply mask ke muka. Avoid bahagian mata dan bibir
- Biarkan selama 10 minit
- Kemudian, boleh cuci
- Penting! Hanya pakai guna sekali atau dua kali seminggu je
Functions Rose Clay Mask Jelita.KL
- Nourishes, cleanses, tones, and moisturizers skin
- Slows down skin aging
- Anti inflammatory & Anti Acne
- Lightens blemishes
- Controls Oil
- Get rid of excess dead cells, sebum & dirt
Pengalaman peribadi Sasya pakai Rose Clay Mask
Bila pakai tu rasa best je. Bau rose tak terlalu kuat pun (Syasya tak prefer bau rose yang kuat). Lepas pakai kulit muka rasa moist. Syasya suka texture rose clay mask ni. Bila dia kering, tak macam typical clay mask yang ada dalam pasaran. Plus, Syasya boleh experiment thickness of the clay mask and boleh campur dengan anything yang sesuai. Kulit muka rasa smooth and soft je. Pores pun rasa bersih.
So kalau korang nak cari clay mask yang sesuai, korang boleh cuba Rose Clay Mask by Jelita.KL ni tau. Syasya rekemenkan untuk cuba.
But, bear in mind, do patch test dulu. Apa yang sesuai untuk Syasya, tak semestinya sesuai untuk korang. Vice versa.
Hopefully sharing kali ni helps korang. Nantikan sharing Syasya seterusnya ok?
–
Segala review Syasya adalah pendapat peribadi dan bukan paid review. Apa yang sesuai bagi Syasya tak semestinya sesuai bagi korang ๐
Nak dapatkan Rose Clay Mask? Boleh tengok kat sini tau : Rose Clay Mask
–
Nak update terkini berkaitan skincare? Jom join Channel Telegram rasmi Becantik sekarang.

