Ramai orang sangka bahawa pakai sunblock / sunscreen ni tak perlu pun pakai hari-hari. Kalau pakai pun masa keluar je. Sebenarnya salah tau.
Kita wajib pakai sunblock / sunsreen ketika kita berada dalam bangunan dan juga di luar bangunan setiap hari. We can’t miss to apply sunscreen.
Jadi kali ni Syasya nak kongsikan tentang pyhsical sunblock dan chemical sunsreen.
Apa itu physical sunblock?
Bila kita apply sunblock jenis physical sunblock, ia akan pantulkan balik cahaya UV daripada masuk ke muka kita.
Review : Missha all around safe block sebum zero sun (SPF50 , PA+++)

Kebaikan produk ni adalah :
- Ia tidak berkilat pada muka bila diapply.
- Ia tidak menyumbat liang pori
- Water resistant. Kesan boleh bertahan lama. Anti – shine.
- Kalau kulit berminyak, ia tak menyebabkan kulit lagi berminyak
Kekurangan produk ni adalah :
- Ia meninggalkan whitecast di wajah
Apa itu chemical sunscreen?
Chemical sunscreen ni bila kita apply kat wajah, cahaya UV yang datang ke lapisan wajah yang telah diapply chemical sunscreen ditukar menjadi haba.
Review : Biore UV Aqua Rich Watery Essence (SPF50, PA++++)

Apakah yang dimaksudkan dengan PA++++?
Ia mampu menghalang sinar UVA (Ultra Violet Aging) dan juga sinar UVB (Ultra Violet Burning).

Kebaikan produk ni adalah :
- Bila kita apply je kat wajah, kita akan rasa cooling effect. Kita akan rasa sejuk.
- Sunscreen ni boleh hydratekan wajah kita
- Sunscreen ni boleh dijadikan sebagai base mekap
Tip memakai chemical sunscreen :
- Pakai 20 minit sebelum korang keluar rumah.
- Kalau korang jenis cepat berpeluh, korang boleh repeat apply chemical sunscreen
Tip memakai physical sunblock :
- Boleh pakai tak kira berapa minit lagi pun korang nak keluar rumah
Anda boleh pilih sunblock / sunscreen yang mana satu anda nak pakai. Pastikan apply setiap hari tau. Penting!
Kalau anda nak baca lebih lanjut tentang tips menggunakan sunblock, boleh klik post tips sunblock ni.
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Let’s shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

