7 jenis pencuci muka drugstore terbaik yang korang wajib tahu

Pencuci muka. 

Membersihkan muka adalah langkah yang paling wajib dalam rutin skincare. Jika kita nak dapatkan kulit yang sihat, langkah pertama ada membersihkan muka. Kebiasaanya, kulit akan menjadi kotor dan berminyak di waktu siang sebab makeup dan persekitaran yang biasanya akan menyumbatkan liang pori yang kita ada. 

Wajah yang bersih membolehkan rutin skincare yang lain menyerap dengan baik. Toner, serum, moisturizer, sunscreen. Tak guna kalau kita dah beli produk skincare mahal – mahal tapi tak mampu diserap oleh kulit. 

Selain itu, cleanser juga berfungsi sebagai menghilangkan sel kulit mati, saki baki produk skincare, bakteria, minyak yang berlebihan dan kotoran yang melekat di kulit muka kita. 

Dengan menggunakan cleanser yang betul dan juga proses pembersihan yang betul, kita mampu merawat parut dan elakkan liang pori tersumbat. 

Cara – cara nak gunakan pencuci muka

Kulit muka kita wajib dibersihkan setiap hari pada waktu siang dan waktu malam walaupun kita pakai sebarang makeup. Gunakan air yang bersuhu sederhana dan tak terlalu panas. 

Seperti Syasya pernah kongsikan teknik double cleansing sebelum ni, korang boleh cuba teknik cleansing ni. Teknik double cleansing sangat bermanfaat terutama bagi mereka yang pakai makeup dan sunscreen. 

Cara – cara memilih cleanser yang betul 

Bila masuk ke drugstore, ada banyak pilihan cleanser yang kita boleh tengok. Setiap satu memberi manfaat yang berbeza mengikut jenis kulit. Amat penting untuk kita tahu perbezaan antara jenis – jenis cleanser yang ada untuk kita buat pilihan terbaik sesuai dengan jenis kulit muka yang kita ada dan juga masalah kulit yang kita hadapi. 

Jom teruskan pembacaan. Syasya akan kongsikan jenis -jenis pencuci muka yang ada. 

Jenis pencuci muka #1 Pencuci muka jenis gel 

Ideal untuk kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne and Redness Prone)

Pencuci muka jenis gel ni berfungsi untuk membersihkan secara mendalam (deep cleansing). Ianya berkesan untuk bersihkan liang pori yang tersumbat, keluarkan minyak yang berlebihan dan bunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. 

Jenis pencuci muka #2 Pencuci muka jenis cream 

Ideal untuk kulit : Normal, Kering dan Sensitif

Pencuci muka jenis cream biasanya pekat, berkrim dan ada bahan pelembap. Ianya membersihkan kulit tanpa membuang minyak semulajadi yang ada di kulit muka. Kiranya ia melembapkan kulit muka sambil mencuci segala kotoran yang ada. 

Jenis pencuci muka #3 Pencuci muka jenis foam

Ideal untuk Kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne-Prone)

Pencuci muka jenis foam adalah yang terbaik dalam bersihkan makeup. Ianya mudah dibilas dan juga berikan effect kulit lembut bila dah selesai dicuci.ย 

Ps : Syasya sukakan cleanser jenis buih sebab terasa puas bila basuh muka.ย 

Jenis pencuci muka #4 Pencuci muka jenis oil 

Ideal untuk kulit : Semua jenis kulit

Pencuci muka jenis oil ni sangat sesuai digunakan dalam rutin skincare double cleansing. Ianya disukai ramai kerana fungsinya yang menanggalkan makeup tanpa mengeringkan kulit muka korang. Selepas cucian, kulit muka akan terasa lembut.ย 

Jenis pencuci muka #5 Pencuci muka jenis clay 

Ideal untuk kulit : Berminyak dan Kombinasi

Pencuci muka jenis clay mampu menyedut keluar segala kotoran yang ada di kulit muka. Ia berfungsi untuk membersihkan kulit dengan keluarkan minyak dan toksin yang berlebihan daripada liang pori.ย 

Jenis pencuci muka #6 Pencuci muka jenis micellar water 

Ideal untuk kulit : Semua jenis kulit

Pencuci muka jenis micellar water ni bercirikan โ€˜micellesโ€™ atau molekul minyak kecil yang ada dalam air lembut. Ia menarik minyak, kotoran dan makeup tebal yang ada di kulit muka. Dengan menggunakan pencuci jenis ni, korang tak perlu bilasnya dengan air.ย 

Jenis pencuci muka #7 Pencuci muka jenis cleansing balm 

Ideal untuk kulit : Normal dan Kering

Pencuci muka jenis ini kaya dengan hydrating oil dan amat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit dehydrated. Ianya akan membersihkan kulit muka secara mendalam tanpa membuang minyak semulajadi yang ada di kulit muka. Kulit juga akan terasa bersih dan lembap.ย 

4 aspek penting dalam memilih pencuci muka adalah: 

  1. Tahu jenis kulit muka korang 
  2. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi 
  3. Alert dengan bahan – bahan yang ada dalam pencuci muka untuk elakkan alergi 
  4. Sesuai dengan budget skincare korang

Pastikan kita memilih pencuci muka yang betul. Nak cantik memang perlukan disiplin dan kesabaran. Syasya harap dengan perkongsian kali ni korang boleh pencuci muka yang sesuai dengan korang.ย 

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโ€™s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *