Macam mana nak mulakan rutin skincare ikut kulit muka saya?
Masa Syasya nak mula disiplin jaga kulit muka dulu, Syasya pernah keliru apa steps nak kena buat ni. Yelah baru nak mula rutin skincare banyak benda tak tahu.
Perkongsian ni adalah pengalaman dan knowledge Syasya sendiri sebagai skincare ethuasist. Syasya bukan seorang pengamal perubatan tau. Jadi kalau korang ada masalah kulit yang serius, mohon rajinkan diri pergi jumpa doktor kulit yang bertauliah.
Step by step rutin skincare
Nak cantik memang perlu disiplin dan rajin. Kalau korang disiplin dan rajin jaga kulit muka, insyaAllah kulit muka korang akan bertambah baik.
Tak perlu terus beli banyak produk. Syasya sendiri tak galakkan korang untuk terus buat complete rutin skincare. Lebih baik korang bermula dengan basic rutin skincare terlebih dahulu. Slowly, tambah rutin korang.
Step by step ini Syasya susun ikut prioriti dan kepentingan rutin tu dalam menjaga kulit muka.
Jangan paksa diri beli semua produk skincare sekaligus jika tak mampu. Tahu kemampuan poket korang.
Jadi apa step by step bina rutin skincare?
Langkah #1 : Kenal kulit muka
Kenal kulit muka adalah satu perkara yang penting dalam memulakan rutin skincare.
Ada lima jenis kulit muka yang utama:
- Kulit normal
- Kulit berminyak
- Kulit kering
- Kulit kombinasi
- Kulit sensitif
Kenapa kena tahu jenis kulit muka?
Jenis kulit muka ni sangat penting sebab produk skincare yang ada di pasaran telah diformulasikan mengikut jenis kulit muka kita.
Jadi, bila korang tahu korang ni jenis muka macam mana, lagi senang korang nak pilih produk yang sesuai.
Langkah #2 : Kenal pasti masalah kulit muka (jika ada)
Apa masalah kulit muka yang korang nak hilangkan?
- Berjerawat?
- Banyak blackhead?
- Nak kecilkan pori?
Bila korang jelas dengan masalah kulit apa yang korang nak selesaikan, korang akan rasa lebih mudah untuk pilih produk yang boleh selesaikan masalah kulit tersebut. Takdelah korang main tibai je pilih.
Langkah #3: Pilih pencuci muka yang sesuai
Pencuci muka adalah langkah pertama dalam rutin skincare. Fungsinya adalah untuk mencuci muka kita daripada kotoran, debu dan sisa-sisa makeup.
Ada bermacam-macam pencuci muka di pasaran. Jadi macam mana nak pilih?
Disinilah pentingnya korang tahu jenis kulit muka dan masalah kulit yang dihadapi.
Apa yang sesuai bagi orang lain, tak semestinya sesuai bagi kita. Ingat tau.
Langkah #4: Pilih pelembap wajah (moisturizer) yang sesuai
Dalam basic rutin skincare, moisturizer jatuh kepada langkah kedua yang kita kena buat selepas mencuci muka.
Fungsi moisturizer adalah untuk lock the hydration di kulit muka kita.
Moisturizer ada pelbagai bentuk dan korang boleh pilih mengikut jenis kulit muka korang.
Langkah #5 : Wajib ada sunscreen
Dalam rutin skincare, wajib masukkan sekali sunscreen. Kita kena lindung kulit muka kita daripada sinar UV.
Bila korang nak pilih sunscreen tu, pastikan dulu tengok sunscreen tu boleh dipakai kat mana. Ada yang khas dipakai kat muka je. Ada yang khas dipakai kat badan je. Ada juga yang boleh dipakai di muka dan di badan.
Kalau korang nak beli sunscreen yang boleh dipakai di muka dan badan pun boleh. Jimat.
–
Kita recap balik.
Pencuci muka. Moisturizer. Sunscreen.
3 rutin ni adalah basic rutin skincare yang korang boleh mulakan terlebih dahulu. Kalau sebelum ni korang langsung tak tahu macam mana nak mulakan, korang boleh mulakan dengan 3 rutin ni.
Beli produk skincare yang sesuai untuk 3 rutin ni.
Selepas korang dah mula selesa, korang boleh tambah rutin yang lain contohnya toner, serum, exfoliator dan sebagainya.
Oh ya, sebelum korang terus beli, buat patch test terlebih dahulu. Tambah lagi bagi korang yang berkulit kering dan sensitif.
Syasya harap dengan perkongsian ni mampu buatkan korang faham apa step by step untuk membina rutin skincare peribadi. Nantikan sharing Syasya yang seterusnya ok?
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโs shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

