Antara soalan yang biasa orang tanya adalah
โMacam mana nak tahu kulit muka saya jenis apa?โ
Bila tak tahu jenis kulit muka apa, kita boleh tersalah pilih skincare yang tak sesuai dengan kulit muka. Ini boleh menyebabkan kulit muka menjadi teruk.
Setiap skincare mempunya formulasi yang berbeza untuk setiap kulit muka.
Jadi sebelum membeli produk skincare, sangat penting untuk kita kenal kulit muka kita apa.
Ada lima (5) jenis kulit muka iaitu:
- Kulit kering
- Kulit berminyak
- Kulit kombinasi
- Kulit normal
- Kulit sensitif
Dah tahu jenis – jenis kulit muka,macam mana nak tahu kulit muka kita?
Kali ni Syasya nak buat #tisuchallenge untuk kenal jenis kulit muka.
Empat (4) langkah mudah dan berkesan untuk kenal jenis kulit muka
Nak tahu kulit muka korang jenis yang mana satu? Ikut je lapan (8) langkah ni.
Langkah #1 Basuh muka korang
Pertama sekali, korang perlu basahkan muka supaya liang pori korang terbuka. Bila liang pori dah terbuka, lagi senang untuk cleanser kita untuk keluarkan kotoran dan lebihan sebum di kulit muka.
Selepas itu, picit cleanser bersaiz 50 sen dan ratakan cleanser bermula dari T-zone sehingga keseluruh permukaan muka.
Kemudian, bilas bersih. Masa nak keringkan kulit muka, pastikan korang tepuk perlahan kulit muka dengan tuala kering. Jangan lap kulit muka macam gangster pulak, haha. Lembut sikit please?
Langkah #2 : Korang tunggu selama sejam
Dalam masa sejam, jangan letak apa-apa produk skincare dekat kulit muka korang. Tak kisahlah toner ke, moisturizer ke sunscreen je. Biarkan je kulit muka korang tu. sentuh pun jangan.
Langkah #3 : Tepekkan tisu muka kat kulit muka korang
Pastikan korang guna tisu muka tau. Jangan guna tisu dapur pula. Tepekkan di bahagian t-zone korang.
Info : T-zone adalah bahagian hidung bersambung dengan bahagian dahi di atas kening.
Langkah #4 : Tengok tisu tu jatuh berapa lama
Kulit muka normal : tisu muka tadi melekat sekejap dan jatuh sendiri.
Kulit muka kombinasi : tisu melekat lama dekat hidung / dagu je tapi dekat pipi langsung tak melekat tisu
Kulit muka berminyak : tisu melekat lama lebih dari 5 minit
Kulit muka kering : dalam masa beberapa saat, tisu tu jatuh dengan sendiri
Selain itu, korang juga boleh buat langkah – langkah di bawah untuk tahu jenis kulit muka korang.
#1 Lihat muka anda di depan cermin
Kulit berminyak : korang boleh nampak kulit muka korang bersinar – sinar
Kulit kering / kulit sensitif : Korang boleh nampak kulit muka yang kemerahan dan berkuping kering
Kulit kombinasi : korang boleh nampak kulit muka bersinar-sinar dan juga kemerahan
#2 Perhatikan saiz liang pori
Kulit normal : korang boleh nampak liang pori
Untuk jenis – jenis kulit yang lain, ambil dua (2) langkah ke belakang dari cermin.
Kulit berminyak : Korang boleh nampak liang pori
Kulit kering : Korang tak perasan langsung liang pori
Kulit kombinasi : Ada bahagian kulit muka yang nampak dan ada bahagian yang tak nampak
#3 Cubit pipi korang
Kulit kering / kulit sensitif : kulit muka senang berkedut
Kulit berminyak : kulit muka rasa anjal dan kembali tegang
Info tambahan
1. Kulit kering
Bagi yang berkulit kering ni, korang akan rasa kulit muka korang macam kurang air. Kulit muka akan nampak kusam dan kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.
2. Kulit berminyak
Bagi yang berkulit berminyak seluruh kulit muka akan kelihatan berminyak terutama sekali pada dahi, hidung, pipi dan dagu. Lepas cuci muka memang nampak okay. Tapi dalam sejam dua gitu mulalah nampak berminyak.
3. Kulit kombinasi
Kulit kombinasi ni pula gabungan kulit kering dan kulit berminyak. Pada bahagian dahi dan hidung biasanya berminyak, tapi dekat pipi pulak kering.
4. Kulit normal
Kulit normal ni paling senang nak jaga. Kalau korang berkulit normal, tahniah! Kulit idaman ramai orang ni.
5. Kulit sensitif
Bagi yang berkulit sensitif ni, kulit muka dia sangat sensitif dengan bahan yang ada dalam produk skincare. Bila tersalah pakai, mulalah ruam, gatal, dan kulit kemerahan. Kulit sensitif ni boleh jadi combination antara
- Sensitif + kering
- Sensitif + berminyak
- Sensitif + kombinasi
Dah tahu jenis kulit muka korang?
Kalau korang dah buat langkah-langkah yang Syasya kongsikan ni, harap korang lebih faham jenis kulit muka korang. Senang lah nak shopping skincare mengikut kulit muka.
Nak cantik memang perlukan disiplin dan kesabaran. Syasya harap dengan perkongsian kali ni membantu korang lebih faham tentang kulit masing-masing.ย
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโs shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

