Mencuci muka dengan cleanser, menggunakan moisturizer dan sunscreen adalah tiga (3) langkah basic dalam rutin skincare.
Bagi korang yang baru bermula, Syasya galakkan untuk disiplin buat tiga (3) langkah ni terlebih dahulu untuk bagi korang konsisten dengan rutin skincare.
Lepas dah konsisten, korang boleh tambah serum dalam rutin.
Apa itu serum?
Serum adalah sejenis gel yang jernih dan teksturnya sangat ringan berbanding dengan moisturizer. Ianya bebas dari minyak dan mengandungi bahan aktif vitamin serta oksidan yang sesuai dengan kulit muka.
Serum berfungsi untuk menyerap ke dalam kulit muka yang paling dalam dengan cepat dan mudah. Ia juga mampu mencerahkan dan menghapuskan garis – garis halus, jerawat, bintik hitam, pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata.
Siapa yang sesuai menggunakan serum?
Serum digalakkan bagi mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi akibat jeragat dan parut jerawat, kulit kering, kulit kusam dan gelap, lingkaran gelap bawah mata dan juga mereka yang ada tona kulit tidak sekata.
Korang perlulah bijak memilih serum yang ada bahan sesuai dengan masalah kulit korang sebab dengan konsisten memakai serum, korang akan dapat lihat perubahan di kulit muka.
Bila patut pakai serum?
Seelok-eloknya serum dipakai dua (2) kali sehari iaitu di waktu siang dan juga waktu malam.
Pada waktu siang, selepas mencuci muka, pakai toner dan kemudian pakai serum. Seterusnya, korang boleh proceed pakai moisturizer dan terakhir sekali adalah sunscreen. Sunscreen wajib dipakai supaya kulit muka korang terlindung daripada sinaran UV.
Pada waktu malam, selepas korang mencuci muka, pakai serum dan terakhir sekali pakai moisturizer supaya kulit korang bertambah lembab dan anjal.
Dekat Malaysia, kat mana boleh beli serum?
Serum boleh didapati dengan senang di drugstore dan juga online. Korang boleh lihat senarai di bawah untuk dapatkan serum berkualiti dengan harga mampu milik.
Online store:
- Watsons
- Guardian
- Lazada
- Shopee
- Hermo
- Sephora
Offline:
- Drugstore
Drugstore di Malaysia (contohnya Watsons dan Guardian) ada pelbagai pilihan serum daripada pelbagai jenama skincare local dan juga antarabangsa (contohnya Bio Essence, Garnier, Nutox, Garden of Eden, Dr. Wu).
Jadi tidak ada alasan lagi serum susah untuk didapati.
Empat (4) perkara penting yang perlu di ambil kira sebelum membeli serum
#1 : Masalah kulit
Apa masalah kulit yang korang hadapi sekarang? Pastikan korang cari serum berdasarkan masalah kulit bukan sekadar terpengaruh dengan populariti brand.
#2 : Jenis kulit
Dalam apa jua pembelian produk skincare, sangat penting untuk kita tahu apa jenis kulit kita. Kalau korang masih ragu – ragu dengan jenis kulit korang, boleh refer kepada #tisuchallenge yang Syasya pernah kongsikan sebelum ni.
Jenis kulit kering
Kulit jenis ni senang untuk iritasi dan juga sensitif. Bagi jenis kulit kering, korang mungkin tak ada liang pori yang ketara tapi garisan kedut mungkin agak ketara.
Kulit berminyak
Bagi kulit berminyak, dekat bahagian T-zone akan kelihatan lebih berkilat. Korang yang ada kulit jenis ada liang pori yang ketara dan juga ada bintik-bintik hitam.
Kulit kombinasi
Bagi kulit kombinasi, di bahagian T-zone kelihatan berminyak tapi di pipi terasa kering dan โketatโ. Liang pori di hidung lebih ketara berbanding di pipi.
#3 : Kandungan serum
Kulit berminyak : Bagi korang yang ada kulit jenis berminyak, pilih serum yang mengandungi acid salicylic, retinol dan minyak rosehip seed.
Kulit matang yang kering : Bagi korang yang ada kulit jenis ni, pilih serum yang mengandungi hyaluronic acid dan Vitamin C.
Kulit normal : Bagi korang yang ada kulit jenis normal, pilih serum yang mengandungi acid gycolic. Ia membantu kekalkan kelembapan dan buat kulit muka segar dan sihat.
Kulit sensitif : Bagi korang yang ada kulit jenis sensitif, pilih serum yang mengandungi zinc, arnica dan aloe vera bagi mengelakkan iritasi, kemerahan dan breakouts.
#4 : Jenis – jenis serum
Serum Anti Penuaan:
- Serum jenis ini membantu melambatkan proses penuaan dan membekalkan bahan aktif anti penuaan untuk melawan garisan kedut di wajah
- Boleh digunakan seawal 20an
Serum Antioksida:
- Serum jenis ini membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan merawat kulit supaya kekal awet muda
- Sesuai untuk semua jenis kulit (pastikan tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti pewangi, pewarna sulfate, citrus dan mint)
Serum Pelembap:
- Serum in membantu menambah kelembapan pada kulit muka
- Sesuai untuk mereka yang berkulit kering
- Serum yang mengandungi Hyaluronic Acid juga bagus sebab ia menambahkan kelembapan pada kulit muka tanpa menambah minyak yang akan menambah masalah jerawat.
Macam mana nak pakai serum untuk hasil yang terbaik?
Pertama sekali, korang perlulah bersihkan kulit muka dengan pembersih muka. Kemudian apply toner. Selepas itu, titikkan serum secukupnya ke atas jari dan dab perlahan di kulit wajah.ย
Selepas dab serum, apply moisturizer ke kulit muka korang untuk melembapkan lagi kulit.ย
Tips penting:
Wajib pakai serum dulu sebelum pakai moisturizer. Moisturizer lebih creamy dan pekat berbanding serum. Jadi wajib serum sebelum moisturizer.ย
Selepas dah pakai moisturizer, langkah terakhir adalah pakai sunscreen. Sunscreen wajib dipakai tau.
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโs shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

