Elakkan menyimpan produk skincare di tiga (3) tempat ini 

Nak cantik memang perlukan disiplin dan kesabaran. Nak tak nak, memang kena konsisten pakai setiap hari. Bina rutin skincare mengikut jenis kulit kita. Dalam memilih produk skincare, pastikan kita tahu masalah kulit yang kita nak selesaikan dan juga produk apa yang sesuai. 

Bila nak simpan produk skincare yang kita beli, adakalanya kita tersalah letak. Iye, letak produk skincare kat tempat yang tak kena boleh memberi effect kepada produk tersebut. 

Tak semua tempat sesuai simpan produk skincare tau. Dah beli mahal – mahal, salah letak pula. Tak ke naya. 

Jom kita baca artikel ni sampai habis. Mana lah tahu kita ada tersalah simpan produk skincare kat tempat yang tak sepatutnya. 

Tempat #1 : Menyimpan produk skincare di dalam peti ais 

Ada orang memang suka simpan produk skincare di dalam peti air untuk buatkan produk skincare tersebut tahan lebih lama dan juga beri effect cool bila mereka pakai. 

Kesan sejuk pada produk bila dipakai kat kulit muka memang rasa nyaman je. Namun, awas! Tak semua produk skincare boleh disimpan di dalam peti ais ye. 

Tengok betul – betul bahan yang ada dalam produk skincare tersebut. Boleh ataupun tidak disimpan di dalam peti ais ataupun ianya hanya boleh disimpan dalam suhu bilik. Ini untuk pastikan bahan kandungan dalam produk tersebut terjaga dan tidak rosak. 

Tempat #2 : Menyimpan produk skincare di dalam bilik mandi 

Ada orang suka simpan produk skincare di bilik mandi sebab bagi mereka, mudah untuk digunakan lepas dah mandi. Ini kesalahan menyimpan produk skincare yang kerap terjadi. 

Namun, awas! Udara lembap di bilik mandi akan menyebabkan sesetengah kandungan skincare berubah. Sebolehnya elakkan dari meletakkan produk skincare di dalam bilik mandi. 

Tempat #3 : Menyimpan produk skincare di tempat terdedah direct dengan sunlight

Mungkin kita dah simpan tempat yang betul dan pada suhu bilik dah. Namun, rupanya kita letak pada tempat yang kena direct dengan sunlight. Suhu yang tinggi dan panas boleh menyebabkan kualiti bahan skincare tersebut merosot. 

Sebagai contoh, produk skincare yang ada bahan vitamic C, retinol dan benxoyl peroxide. Selain itu produk skincare yang ada bahan natural dan organik. Sebolehnya elakkan daripada meletakkan produk ini terkena direct sunlight ye. Kandungannya amatlah sensitif.

Berikut adalah tiga (3) tempat yang kita kena elakkan daripada menyimpan skincare.

Tak nak lah nanti tiba – tiba pakai produk skincare, kulit kita jadi bermasalah. 

Sangat penting untuk kita take note kat mana yang sesuai untuk kita simpan produk skincare yang telah dibeli. 

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Let’s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *