Cara paling mudah dan berkesan untuk mengatasi kulit wajah kering

Kulit wajah yang lembut, lembab dan sihat memang menjadi dambaan semua orang, termasuk Syasya. 

Kulit wajah yang kering serta kusam akan mengganggu penampilan diri serta mengurangkan rasa keyakinan diri. 

Pasti korang tertanya-tanya apa cara yang mudah dan berkesan untuk atasi kulit wajah kering kan? 

Kulit wajah yang kering terjadi kerana minyak di wajah berkurang dan ini menyebabkan wajah terasa kering dan kasar. Kulit wajah yang kering juga disebabkan kerana tersalah pakai skincare. 

Apa faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering?

Faktor #1 Dehidrasi

Dehidrasi atau kekurangan air adalah antara penyebab kulit menjadi kering. Bila badan kekurangan air, kulit kita akan mengalami penurunan kelembapan serta  kita akan mudah untuk sakit kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

Faktor #2 Cuaca

Kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh faktor cuaca. Kulit boleh menjadi kering jika cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. 

Faktor #3 Kurang ambil makanan sihat

Cara semulajadi untuk cantikkan kulit adalah dengan ambil makanan yang sihat. Didalam makanan ada ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. 

Kurang pengambilan makanan ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering.

Faktor #4 Udara Kering

Udara kering adalah salah satu antara penyebab kulit kering. Lebih-lebih lagi kalau korang duduk dalam bilik penghawa dingin. 

Bila berada dalam bilik yang berpenghawa dingin, ia akan menyerap kelembapan kulit. 

Cara – cara mengatasi kulit wajah kering 

Antaranya adalah 

Cara #1 : Dengan penggunaan buah – buahan dan sayur – sayuran 

Buah dan sayur mengandungi kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Dengan menambahkan buah dan sayur dalam diet seharian, kulit wajah boleh bertambah lembab dan sihat. Dalam masa yang sama, badan juga terasa fit dan sihat. 

Cara #2 : Minum air putih 

Minum air putih minimal 8 gelas sehari. Ia akan membantu badan kita daripada dehidrasi yang mana ia menyebabkan kulit wajah menjadi kering dan kusam. 

Cara #3 : Elakkan mandi air panas

Air panas ni sifatnya mengeringkan. Mandi air panas akan membuatkan kulit kita kehilangan kelembapannya. Walaupun air panas sangat best untuk kulit, namun sebolehnya elakkan daripada menggunakan air panas. Kulit boleh menjadi lebih kering. 

Cara #4 : Pilih sabun yang betul 

Gunakan sabun yang khusus mengikut kulit wajah kita. Pemilihan cleanser sangat penting bagi mengelakkan kulit muka bertambah kering. 

Cara #5 : Letak humidifier 

Kalau korang selalu berada dalam bilik yang berpenghawa dingin, cuba dapatkan humidifier untuk tambahkan kelembapan udara.

Letakkan berdekatan dengan korang supaya kulit korang tidak terlalu kering. 

Bahan produk skincare yang sesuai untuk kulit kering

Sebelum membeli skincare, pastikan kita membaca terlebih dahulu bahan yang ada di dalam produk tersebut. 

Antara bahan yang kita perlu cari adalah bahan yang boleh lembapkan kulit kita. Berikut adalah contoh bahan – bahan aktif yang kita boleh cari dalam skincare jika kita berkulit kering : 

  • Acetic Acid
  • Dimethicone
  • Glycerin
  • Hyaluronic Acid
  • Jojoba Oil
  • Lanolin
  • Mineral Oil
  • Petrolatum
  • Shea Butter

Cleanser yang macam mana sesuai bagi orang berkulit kering? 

Bagi orang berkulit kering, korang boleh cari cleanser yang bersifat hydrating dan moisturizing. 

Toner yang macam mana sesuai bagi orang berkulit kering? 

Bagi orang berkulit kering, korang boleh cari toner yang bersifat hydrating toner. Sebolehnya elakkan memilih toner yang ada alcohol. 

Personal opinion, Syasya suka Hada Labo Hydrating Lotion. Bila Syasya pakai lotion ni, kulit muka terasa lembap dan lembut. 

Moisturizer yang macam mana sesuai bagi orang berkulit kering? 

Moisturizer adalah produk terpenting untuk kita masukkan dalam rutin skincare. Tak boleh skip. Bagi orang yang berkulit kering, lagilah kena ada moisturizer sebab untuk melembapkan kulit. 

Bagi yang berkulit kering, moisturizer yang korang boleh pilih adalah yang jenis heavier atau cream โ€“ based moisturizer.

Contoh produk moisturizer untuk kulit kering : 

Sunscreen yang macam mana sesuai bagi orang berkulit kering? 

Sunscreen adalah antara produk terpenting dalam skincare kita. Tak kisahlah korang kulit jenis macam mana sekalipun. Jangan skip letakkan sunscreen kat kulit wajah. Cari sunscreen yang boleh melembapkan kulit kita. 

Personal sunscreen preference Syasya adalah 

  • Biore UV Aqua Rich Watery Essence (SPF50++++) 

Tekstur sunscreen ni sedikit melekit namun bila dipakai, Syasya sendiri rasa ringan macam tak pakai sunscreen ni. Setakat ni sudah hampir setahun Syasya stick dengan sunscreen ni.ย 

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโ€™s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *