“Macam mana nak hilangkan jerawat?”
Ini adalah soalan yang paling banyak didengari.
Jerawat adalah musuh utama bagi perempuan dan juga lelaki. Ia bukan saja merosakkan penampilan diri malah ia juga menyakitkan.
Jerawat mampu memberi kesan psikologi yang negatif kepada seseorang.
Syasya pun tak suka bila jerawat naik kat muka. Jadi Syasya faham perasaan korang.
Apa cara nak hilangkan jerawat dengan cepat, mudah dan berkesan?
Sebelum tu, kita kena faham apa itu jerawat. Untuk info ni, Syasya baca di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom hadamkan sampai habis ok?
–
Apa itu jerawat?
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.
Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk.
Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan โcystโ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.
Jenis-jenis jerawat
- Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
- Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah
Peringkat-peringkat jerawat
Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.
Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi .
Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.

Rajah menunjukkan peringkat-peringkat jerawat
Mitos berkaitan jerawat
- Orang dewasa tidak berjerawat
Orang dewasa juga tumbuh jerawat pada umur 30โan, 40โan sehingga 50โan. - Coklat dan minuman soda penyebab jerawat
Tiada kajian yang benar-benar signifikan mengaitkan keduanya dengan pembentukan jerawat. - Krim pelindung UV menyebabkan jerawat
Jika alergi pada pelindung matahari berasaskan tindakan kimia, pilih pelindung matahari fizikal seperti zink oksida. - Peluh penyebab jerawat
Kelenjar peluh berbeza dari kelenjar sebum. - Jerawat tidak perlu rawatan
Tanpa rawatan sewajarnya akan meninggalkan parut. - Gunakan pencuci โscrubโ untuk menghilangkan jerawat
Memicit/ mencungkil jerawat akan meninggalkan parut.
Penyebab jerawat
- Ubat-ubatan; mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
- Penggunaan pakaian, peralatan yang terlalu ketat pada permukaan kulit yang bersentuhan
- Produk penjagaan kulit/ rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma
- Persekitaran berminyak, kotor
- Bakteria Propionibacterium acnes
- Perubahan hormon
- Androgen berlebihan seperti dalam sindrom polisistik ovari
Kaitan bakteria dan jerawat
Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang wujud pada folikel rambut dalam liang roma.
Beberapa kajian mendapati P.acnes berkaitan dengan masalah acnes vulgaris.
Propionibacteria adalah bakteria gram positif dan lebih suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.
P.acnes menggunakan sebum sebagai sumber tenaga. Bakteria ini mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid-asid lemak dan trigliserin yang banyak terdapat dalam sebum.
Dalam keadaan anerobik, P.acnes menggunakan bahan-bahan tersebut dan menghasilkan rantaian asid lemak yang lebih pendek dan asid propionic sebagai produk metabolik.
Pencernaan sebum oleh enzim-enzim P.acnes menyebabkan penghasilan bahan-bahan komedogenik yang menjadikan simptom jerawat lebih teruk. Koloni P.acnes juga boleh membentuk biofilem yang menyebabkan ia rintang pada tindakan bahan antibakteria.
Keadaan ini akan menyebabkan infeksi berpanjangan pada sebahagian individu.
Bakteria P.acnes tidak menyebabkan kerosakan kulit secara langsung. Kerosakan kulit adalah diakibatkan oleh tindakbalas keradangan dalam sistem imunisasi.
Jerawat bernanah berpunca dari tindakbalas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.
Macam mana nak mencegah jerawat dengan berkesan?
- Jangan picit jerawat
- Jangan kerap menyentuh muka
- Minum banyak air kosong
- Amalkan makanan seimbang
- Ambil vitamin secara sederhana
- Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
- Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
- Guna alat solek/ produk penjagaan diriย โbukan-komedogenikโ.
Untuk penjagaan kulit wajah, sangat penting untuk kita ada set asas skincare. Ramai yang hanya ada cleanser saja. Set skincare seelok-eloknya ada tiga (3) produk iaitu cleanser, moisturizer dan juga sunscreen.
Dapatkan produk yang sesuai dengan kulit wajah untuk lebih melembab dan lembut pada kulit.
Nak cantik memang perlukan disiplin dan kesabaran.
Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโs shine and glow together!
[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]

