Apa yang korang perlu tahu tentang double cleansing?

Sebagai skin enthusiast, Syasya sangat menitikberatkan penjagaan muka. Apa yang Syasya nak kongsikan kali ni adalah tentang double cleansing. 

Apa itu double cleansing? 

Sesuai ke saya nak buat double cleansing? 

Apa produk skincare yang bagus untuk double cleansing? 

Jom baca perkongsian Syasya kali ni dengan lebih lanjut. 

Apa yang dimaksudkan dengan double cleansing ni?

Double cleansing merupakan rutin skincare yang sangat popular di Korea. Double cleansing ni bila kita guna dua (2) jenis cleanser kat kulit muka kita iaitu oil – based cleanser dan juga water – based cleanser. 

Apa kelebihan double cleansing? 

Kenapa kita kena cuci muka guna dua (2) jenis cleanser? 

Kelebihan cuci muka guna oil – based cleanser adalah ia boleh membersihkan kotoran minyak di permukaan kulit muka seperti : 

  1. Makeup
  2. Excess sebum 
  3. Sunscreen 
  4. Sebum 

Dalam chemistry, kita panggil sebagai โ€˜oil – attract – oilโ€™. Minyak menarik minyak. 

Kelebihan cuci muka guna water – based cleanser pula ia boleh membersihkan kotoran biasa yang ada dipermukaan kulit kita contohnya: 

  1. Sel sel kulit mati 
  2. Peluh 
  3. Dirt 

Bila kita buat double cleansing (oil – based cleanser dan water – based cleanser), kita boleh mencuci muka kita dengan lebih mendalam.

Dengan menggunakan oil – based cleanser, ia boleh membersihkan kotoran – kotoran minyak di permukaan kulit muka kita.

Kemudian kita guna pula water – based cleanser untuk membersihkan lagi permukaan kita dan bersihkan pores kita. Pores kita akan nampak lagi kecil dan bersih. 

Siapa yang wajib buat double cleansing? 

Double cleansing wajib bagi mereka yang suka pakai makeup dan juga sunscreen. Ini kerana kalau kita pakai makeup tapi tak buat double cleansing, masih ada kotoran yang akan tertinggal di permukaan muka kita. Jadi kalau kita nak bersihkan dengan lebih mendalam, kita kena guna oil – based cleanser. 

Kalau pakai oil – based cleanser ni tak ke muka lagi berminyak? 

Jawapannya tak. Dalam oil – based cleanser, ada emulsifier. Lagi senang untuk minyak tu hilang dari permukaan kulit muka kita bila kita rinse off dengan air. 

Siapa yang tak boleh buat double cleansing? 

Ada orang yang tak boleh buat double cleansing ni. Antaranya adalah orang yang di diagnose ada fungal acne. Ini kerana fungi sangat suka permukaan berminyak.Selain tu, orang yang tak sesuai buat double cleansing adalah orang yang bila pakai oil – based cleanser, muka dia breakout. Your skin tak boleh tolerate dengan oil – based cleanser so korang kena stop guna. 

Always listen to your skin.  

Selain daripada oil – based cleanser, korang juga boleh cuba guna milk – based cleanser atau balm cleanser. 

Contoh produk sesuai untuk double cleansing

Untuk oil – based cleanser: 

  1. Simple Cleansing Oil 
  2. Hada Labo Cleansing Oil 
  3. Nutox Cleansing Oil 
  4. Neutrogena Cleansing Oil 

Untuk water – based cleanser: 

  1. Simple Refreshing Facial Wash Gel
  2. Hada Labo Hydrating Face Wash 

Untuk milk – based cleanser: 

  1. Lโ€™oreal Gentle Cleansing Milk 
  2. Neutrogena Cleansing Lotion 

Untuk balm cleanser: 

  1. Heimish All Clean Balm Cleanser 
  2. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm

Dekat Malaysia, mana boleh beli cleanser ni?

Semua cleanser ni mudah dijumpai di mana-mana drugstore yang berdekatan korang. Antara drugstore yang menjual produk ni adalah seperti yang berikut:

  • Watson
  • Guardian

Taknak terlepas sharing terkini daripada Syasya? Boleh join Telegram rasmi BeCantik. Letโ€™s shine and glow together!

[KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *